Seniman Separuh Masa
Secara amnya , industri seni di negara ini kecil .
Kita masih dalam kategori negara membangun ; majoriti masih dalam kategori bersusah payah mencari rezeki dan keperluan asas.
Penilaian pada seni masih rendah, dan dipandang sepi kerana sebab-sebab di atas ; seni bukan prioriti, ramai masih belum cukup makan.
Walaupun kita meminati seni, dan mahu menjadi seniman sepenuh masa , tapi permintaannya kecil, lalu kita kuburkan terus impian itu.
Ataupun, kita teruskan saja.
Jadi macam saya ; seniman separuh masa.
Nanti kita cerita lagi.