Bagaimana Untuk Rakamkan Demo?
Zaman sekarang dah banyak cara. Tapi cara yang paling ringkas – pakai saja gajet fon di tangan anda.
Nak lebih selamat, simpan di ‘awan’ (seperi iCloud), untuk memastikan ia tidak hilang.
Ok, itu idea kasar, tapi bagaimana untuk rakam demo untuk ditunjukkan pada orang ?
Saya pakai DAW je senang. Untuk permulaan, anda tak perlu susun pelbagai instrumen bagai ke apa. Yang penting ;
i) ada tempo konsisten,
ii) ada kord, dan
iii) ada melodi.
Demo ini tak perlu lama – mungkin seminit dua sudah memadai. Yang penting ada verse korus dan mungkin bridge.
Bagaimana jika saya tak pandai main instrumen?
Ini pun bukan masalah, boleh je minta kawan cari kan. Yang penting melodi itu harus jelas.
Lepas siap, mana nak simpan demo ini?
Saya cadang boleh simpan saja di soundcloud.com. Saya sendiri pun pakai ini. Ini memudahkan untuk orang dengar demo anda dan nilaikan. Boleh juga sembunyikan (private) jika tak mahu buka pada orang ramai.
Saya khuatir orang curi idea saja. Bagaimana ya?
Tak perlu khuatir ; asalkan anda ada rakaman asal di internet, dan siap tarikh kan.
Kerana itulah saya benar-benar syorkan anda muat naik pantas di soundcloud.
Malahan di soundcloud, anda boleh ganti dengan demo baru (dibawah link sama).