Kini saya telah buat keputusan untuk fokus pada produksi penghasilan single pada setiap 6 haribulan untuk setiap Mac, Jun, September dan Disember.

Bermula pada 6 Disember 2024 ini dengan lagu ‘Sarapan’.

Jadi, single seterusnya pada 6 Mac, 6 Jun, 6 September, 6 Disember dan seterusnya.

Kenapa setiap 3 bulan ?

Kerana saya punyai cukup masa dan bajet untuk menyelesaikan satu-satu lagu itu.

Tambahan pula, bagus adanya tarikh akhir ini kerana mewujudkan ‘kesegeraan’ (urgency).

Siapa Penyanyinya ?

Ada sesetengah demo Sajakiri sudah dirakam vokalnya (kebanyakkan penyanyi Sajakiri-Vokal).

Tapi masih banyak juga lagu lain yang masih tidak bertuan – dari sini saya akan membuat pencarian penyanyi.

Ada juga terfikir untuk saya sendiri menyanyi – tapi masih belum terbuka hati.

Kembali ke Studio One

Awal tahun ini, saya sebenarnya sudah berhijrah ke Logic Pro kerana telah menggunakan ekosistem Apple sepenuhnya, tapi harus juga kembali pada Studio One.

Ini kerana, fail lama demo ini disimpan di bawah program Studio One ini, dan ia harus diaktifkan kembali untuk membolehkan saya kerjakan kembali demo lama ini.

Fail lama ini disimpan di simpanan awan IceDrive.

Masih sukakan Studio One, tapi . ..

Ya benar, saya selesa dengan Studio One ; tapi kita harus buat langganan bulanan (atau tahunan) untuk menggunakannya.

Jika mahu beli terus pun – lagi 2-3 tahun harus bayar lagi untuk kemaskini.

Berbanding Logic Pro – sekali bayar saja – segala kemaskini di masa depan tak perlu bayar apa lagi.

Ini kerana Logie Pro ini dibangunkan sendiri oleh Apple – mereka punyai sumber kewangan yang besar untuk ini.

Jadi saya nampak, Studio One ini hanya dipakai sementara saja.

Kriteria Penting : Adunan (mixing) JD

Kriteria ini penting, kerana sebagai komposer solo, tiada lagi maklumbalas ahli band lain.

Kini saya bergantung harap pada JD sahaja untuk menjaga QC ; tempo, pic, kualiti rakaman dan sebagainya.

Ini adalah faktor kedua. Faktor utama adalah kerana aku meminati stail adunannya yang moden dan rock itu.

Sesuai dengan muzik Sajakiri.

Aku ingin kupas lebih dalam mengenai ini. Mungkin kita akan tulis dalam artikel lain.

Kesimpulan

Jadi atas dasar ini, saya akan terbitkan single rasmi Sajakiri setiap 3 bulan.

p/s ; ada juga terdetik buat projek ZULIA. Apa itu ya?