Category Archives: Peribadi
Bagaimana Anda Mula Mencipta Lagu?
Sejak berusia 12 tahun, aku sudah kepingin main gitar. Tak tahu mengapa, mungkin kerana naluri remaja sudah tiba (ketika itu asyik dengan permainan gitar Joe Wings, yang juga kidal sama seperti aku). Aku sering termimpi-mimpi main gitar. Lantas ibubapa ku yang bosan dengan permintaan ku, mula membeli gitar jenama ‘Fair Lady’ (ala-kapok) di Ampang Park…
Sajakiri : Band atau Penampilan (featuring)?
Aku ada menemukan seorang penyanyi lelaki yang sesuai untuk dijadikan penyanyi utama untuk segala projek lagu ciptaanku. Dia bukan saja penyanyi lunak dan berpengalaman, malahan punyai studio rumah yang memudahkan rakaman vokal, jadi aku tak perlu bersusah payah membawanya ke studio rakaman. Jadi atas asbab di atas inilah yang membuatkan aku ambil dia terus jadi…
Simpanan Awan : IceDrive
Kini aku sedang dalam proses muat-naik segala data rakaman dari PC lama ke perisian awan (cloud storage) ICEDRIVE yang berpengkalan di UK. Aku mengambil pakej 1 Terabit (TB), dengan bayaran hanya RM 20 sebulan. Ini kerana jumlah data simpanan aku berjumlah hampir 600 Gigabit (GB) ; dimana 80% adalah data muzik sahaja. Terfikir juga untuk…
Evolusi Seterusnya
Aku dengan tidak sengaja termansuh kan (DELETE) laman web sebelum ini (sajakiri.com/vokal) ketika mahu membina subdomain baru, iaitu band.sajakiri.com. Fail itu ada disimpan di Dropbox (menggunakan aplikasi Updraft), tapi untuk memuat-naik kembali, agak renyah juga. Alang-alang, aku mengambil keputusan untuk membina dari bawah laman web ini, menggunakan tema WordPress ‘Read’. Aku sukakan tema minimalis ini,…